# kisah aku, kau, dia & mereka ~

Facebook
RSS



salam maal hijrah semua ~ ~!!

dah tukar pun buku baru ~,,so banyakkan aml okeh ~hihi

moga menjadi manusia better than yesterday  yerk ILAFAA ~
[ Read More ]

paling comel ~ ~ :-p



sumber:  youtube.com
[ Read More ]

keropok ~

erkk ~lme gak tak makan kopok lekor nih ~hihihii

tadi dapat gak beli kat pasar malam ..wink,,winkk,,

walaupun hujan tetap kami redah ~hahahahahaaa



**
[ Read More ]

hujan o hujan ~

 fine ~ ! ! !

hujan~hahahahaa





tak boleh nak g pasar malam ~

keropok lekor o keropok lekor ~ !huhuhuu
[ Read More ]

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl





سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl








KECEWA ? -ingatlah saat kita kecewakan sseorg



MENANGIS ? - ingatlah saat kita buat sseorg menangis



SAKIT HATI ? - ingatlah saat kita sakitkan hati sseorg




DIPERMAINKaN ? - ingatlah saat kita permainkan sseorg





TIDAK DIENDAH ? - ingat saat kita buAt xEndaH paDa sseoRg !






- complete - SETIAP PERBUATAN (SEDAR OR TIDAK) PASTI


 ADA BALASANNYA- ITU JANJI YG MAHA ESA - KAJI DIRI


SENDIRI KAJI PERBUATAN ANDA & JGN SALAHKAN TAKDIR


 MAHUPUN YG MAHA ESA - ^-^  ^-^
[ Read More ]

:-(

huh ~  ! ! !

sakit ~ ! !

gusi bengkakk,, ! ! !

sakit berkaitan gigi la yang paling aku tak suke ~huwaaaa..sakit wehhh ~ !  !  !..tak boleh tidur bagai ~..

i need my mommm ~ !

sob..sob..sob ~

:-(
[ Read More ]

:-)

tak payah nak gelisah sangat la ~ !  !  !

hahahahahaha ~~ :-)
[ Read More ]

g.e.l.a.p

uhhh ~ gelap ?
seyes aku tak suka gelap ~erti kata lain aku takut gelap ~huhuhuhuu

so tetiber semalam blackout pulak kat SERUMPUN ~ah sudahh ~hati dup dap dup dap terus..

terfikir cam mana nak tidur dalam gelap nih ~,,^_^ haishhh ~ ! ! !

dan rumate aku pun memang dah paham ~hihihii...dia pun pasangla lappy dia~so cerah jugak la bilik aku semalam,~ 


thanks t0 rumate coz understand me ~uhuhuuu~~ :-)
[ Read More ]

salah sasaran kah ?~hermmm

ko nak tangkap aper tadi ila ~?

hohoho~~ta semena-mena dah malu ~

haishh ~~dugaan pepagi



tutop muka ~ ! ! ! 
[ Read More ]

ta bayor bil kew? ~

KOLEJ SERUMPUN BERGELAP ~ HUHUHUUU

KENAPA?

KENAPA ? 



KENAPA?

MALAM NIH?




ASEMEN AKU TA CIAP LAGI LAAA~~CEPAT LA ADER LETRIK BALIK (mengharap ~!)
[ Read More ]

go go chaiyokk~! ! !

hokay dear ~

kalau MALAYSIA boleh menang kenapa aku tak boleh menang buat SOROTAN nih?
so go go chaiyok ILAFAA !   !  !

ader masa lagi  nihh ~

ANAK MALAYSIA BOLEH ! ! !
[ Read More ]

bola oh bola 2~ ! ! ! !

hero-hero yang harumkan nama MALAYSIA ~
Malaysia Boleh ~ ! !  


okeh ~~dah menang ~congratz MALAYSIA ~


 5-4 ~ !  ! !  terbaek ! ! ! 
proud 2 be malaysian ~
[ Read More ]

bola oh bola~ ! ! ! !

mereka yang  bernama hero MALAYA ~ !


huhh~~hokay ~ !!!

malam nih MALAYSIA vs INDONESIA~
rasa-rasa saper menang eh ~?

seriusss ! ! ! bising giler kat blok sebelah, diowang punya jeritan,,ya ammpunnn ! ! !!!!..bingit dowhhh~

bak kata kawan aku sorang nih dalam FB beliau ~~"tolong la jgn jerit mcm org b*d*h sampai nak tekeluar anak tekak segala..org lain pun tgok bola gak..kang ade gak org yang tecekik bola mlm nie kang..
mood: marah siot!!


aku yang nak buat assigment pun terbantut~idea larik terussss ,, untungla korang tak der assigment cam aku ~ kununnya ~

p/s: 1. nak jerit pun agak-agak la kan, cuba tengok keadaan sekeliling sama ~huhuhuu~consider la sikit, ^_^
      2. untuk MALAYSIA~go go chaiyok ~harumkan nama negara kita ~

[ Read More ]

love is heart

HATI love HEART !!!



Kalau nk berbicara tentang hati mmg banyak topik yg kita boleh ulas. Contohnya mcm sakit hati, jatuh hati, patah hati,hati-hati, makan hati dan yang paling selalu kita dengar jaga hati. Ada di kalangan pelbagai kategori hati nie yang dangerous & ada yang tak dangerous.

First of all, kita try faham apa yang dikatakan dengan"SAKIT HATI". Ok, Sakit hati nie boleh la kalau kita bagi maksud kat die --{kalau malas nk buka kamus dewan}--, iri hati, cemburu kalau dlm bahasa orang puteh nyer jealous. Kalau orang yang menghidap penyakit "SAKIT HATI" nie mmg susah untuk diubati. Nak tau kenapa? sebabnya hanya dia lah ubat untuk diri dia sendiri. Contoh situasi "SAKIT HATI" nie  pandai-pandai la fikir sendiri sebab penyakit nie memang common dalam kalangan masyarakat kita hari nie.
Yang ke-2 pulak, namanya 'JATUH HATI'. Kejatuhan hati nie pulak rasenye almost semua orang pernah alami krisis nie. Tapi bukan senang nak 'JATUH HATI' nie sebabnye mungkin ada beberapa factor yang menyebabkan seseorang tue jatuh hati. 'JATUH HATI' nie boleh dikategorikan kpd beberapa jenis. Contohnya, jatuh hati pada kekasih, Allah, alam sekitar, dan lain-lain lagi sebab kalau nak citer sume memang tak muat nak tulis.  

Yang ke-3, bile dah 'JATUH HATI' sudah tentulah akan 'PATAH HATI' . Bila dah patah hati nie memang lah susah nak diubatkan. Time tue, orang yang patah hati tue tak ada koje lain selain dari dok menung & nangis. Memang kesian bile tengok orang yang camtu. Selalunyer orang akan 'PATAH HATI' bila kekasih menolak cinta mereka ataupun bila dapat result exam yang teruk dan lain2 yang sewaktu dengannya.

Yang paling terakhir sekali, 'JAGA HATI'. dalam dunia nie bende yang paling susah nak jaga ialah hati orang lain. Kalau hati kita sendiri mmg senang nk jaga, tapi kalau hati orang lain tue.....uisy jenus memikir macam mana nak jaga. Sebagai anak kita kne jaga hati parents kita. tue la hati yang paling important yang perlu dijaga. Bila dah kahwin nant lagi banyak hati-hati yang kne jaga. Nak jaga hati parents nie bukannya senang. Kalau tertinggi ton suare sikit dah terase. Kalau kita ter ape2 yang terlebih dari limit die, tak pasal2 nant kne marah. Kalau bab hati kawan-kawan pulak, kalau yang hati batu tue tak kisah la sangat, tapi kalau yang hati sponge cake tue, MasyaALLAH.... sangat lah susah nak di jaga...Kesimpulannya, mmg la susah nak jaga hati orang di sekeliling kita nie.

Sebagai penutupnya, layan lagu dari snada nie, ----[jagalah hati]---- 


[ Read More ]

20112011

chantek kan tarikh 20112011~~even chantek mana pun tarikh tue, ia beri kesan yamg mendalam kat aku ~huhuhu....


mood : :-(
[ Read More ]

12.11.11

sambut bufday lagi ~? hihihihii...thanks to dr sabrina yang belikan kek untuk bufday aku ritu~ and also thanks to kumpulan pertama finishing school yang nyayikan lagu bufday ~ takkan ku lupakan sampai bila-bila,,

hihihi~~nak potong kek tueee~

my bufday cake ~ yummyyy ! ! !

nie la (3dari kiri) DR.SABRINA..fasi group 1 finishing school~

erkk ~~bufday gurl 2..hihihii

yummmyy! ! !makan time 

sempat amik 2 jenis kek jek,hihiihii

nie la student kump dr sabrina~~

nie group aku~~ kena nyanyi lagu anak tupai versi mandarin ~layan habess ! ! !

kami sambut 3 orang sekali gus, so ade 3 kek yang dr sabrina beli..thanks dr,


** nie jek pic yang ada~maaf pic kengkawan yang lain ta hado~~
[ Read More ]

20 sebab kenapa lelaki tak mo kahwin~

Bukan tak kahwin tapi ada sebab-sebab yang menyebabkan lelaki tak nak kahwin. Jom kita baca apakah 20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin yang bermain di minda lelaki..
1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. ” Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!
4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..
17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia. hehe..betul ke??

[ Read More ]

birthday ~~

~selamat hari lahir yang ke 18 untuk adikku ,17nov..
bufday aku dengan adikku cuma selang seminggu jek, aku 12nov dia pulak 17nov..so untuk memudahkan kerja kitorang celebrate sesame,,kurang sikit bajet..hihihihii
cuma tahun nie kami celebrate awal sikit ~ dua hari sebelum raya aidil adha (4nov)..hihihi..sebab sambut awal adalah permintaanku sendiri  sebab last year, aku tak der kat kg..so no cake for me tahun lpas~celebrate dalam dewan besar jek~~ada exam that day ..huhu..sedih :-(~`..
tapi this year, lagi awal celebrate (amik nok~nak sangatkan ) hahahahaa~`
this year lagi special~hihihi..sambut tiga orang sekali gus,,, aku, abg dan adikku~...memang saving habes r~~hahahahaaaa


my bufday cake~

sedikit makanan untuk makan bersama~

telatah K.A.M.I~






[ Read More ]

Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-VII


kami ader seminar hari tue dekat fakulti kejuruteraan ..best jugak la~~hihihii..nie ader sikit gambar dari saya~: 
layanz :





uda & dara production bersama dr Jesica










[ Read More ]

lalalala~~ part 2

entry sebelum nie pun ada jugak mengenai ni~ nie la sumbangan pelajar UPM untuk bantu mangsa banjir di Thailand ~~ amacam? banyak dop ?..penuh dewan habaq maii~~

okeh ~~layan lagi pic nih ok~~

barang yang disumbangkan oleh student

penuh kt depan dewan~ 2 buah lori dah penuh dengan barang bantuan~

[ Read More ]

apabila kami bertemu ~

lalalalaalala~~bila kitowang jumpa, ader jek la aktiviti yang kitowang akan buat~~hihihii..ni la yang jadi kat kami bertiga.. nak-nak lepas sume dapat sambung study..aku kat upm, adikku, fishah dekat seri iskandar, anak sedaraku, yana dekat HKL ~last jumpa lepas raya, then  masa deepavali kami cuti ~~so dah ada peluang ni menjadi la aktiviti yang di rancang ~~ ni ha aktiviti kami ~~lalalalalaaa


[ Read More ]

:-)

berader di rumah memang satu suasana yang cukup indah..tersangat indah,,sebabnya kat rumah semua ader,,ader mak, abah, kakak, adik, abg, anak-anak buah ~~so tak la sunyi..hihii,,
so bila aku dan kakak ada kat rumah,, ni la projek kami ~~lalaalalalalaaa : :


udang goreng mentega by sista~

tomyam campur by me ..hihiii~~

sambal udang with petai by sista

ni la makanan tengahari kami~~

** pinggan bermacam2~`hahahaha..maap ler yerkk  ~~
[ Read More ]

lalalala~~ part 1

salam semua ~~


okeh malam nie nak g DEWAN BESAR ~~ader perjumpaan dengan fasi memancing: en rashidi..

ader makna nihh,,nk g jumpa beliau ~~lalalalalaa

sebenarnya budak koko sem nih kena beri bantuan kepada rakyat thailand yang ditimpa bencana besar tue,,

so kami kena beli barang2 di bawah nih ~~meh kite tengok ehh ,,laalalalalaa








** nie jek yang termampu ~~
[ Read More ]

mohon izin untuk nikah lagi ! ! !

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kaburlantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil.sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepadasuaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung… Aliyah sayangkan Abg…
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan
Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah…
Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

[ Read More ]

    SpongeBob