# kisah aku, kau, dia & mereka ~

Facebook
RSS

perempuan suka cakap perkataan nie..

kowunk ase betol tak ? 
kalo aku, agk betol la jugak..word yang aku highlite merah tue memang aku selalu gune..hhihii !

Fine
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
Lima minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepakakan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
.

Takde apa-apa
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘lima minit’ dan diakhiri dengan ‘fine’.
.

Pergilah! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘takde apa-apa’ dan diakhiri dengan ‘fine’. Pergilah (dengan kening biasa) ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘takde apa-apa’, ‘fine’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘lima minit’ apabila dia dah sejuk.
.

Mengeluh yang kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘mengeluh yang kuat’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘takde apa-apa’.
.

Mengeluh yang perlahan
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘mengeluh yang perlahan’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
.

Okay lah
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘okay lah’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘okay lah’ selalunya digunakan dengan ‘fine’ bersama ‘kening yang terangkat’.
.

Buat lah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
.

Tolonglah
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘okay lah’.
.

Terima kasih
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
.

Terima kasih banyak-banyak
Ini banyak berbeza dari ‘terima kasih’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘mengeluh yang kuat’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘mengeluh yang kuat’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘takde apa-apa’..



[ Read More ]

kek coklat kukus~!

memandangkn tak buat pa per ari ahad minggu lpas,,so terhasilla kek coklat kukus nie,.,:-)

kek nie aku buat ngn adik aku dan juga pembantu cilik, alia anak sedara ku,,,~

buat bende alah nie tak mkn byk mse pun,, ~!

meh kiter tgk bhn2nye eyhh ~ ::

bahan A


1 cawan  susu cair
1 cawan air
2 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan mentega


bahan B

2 cawan tepung gandum
1/2 cawab serbuk koko
1 sudu teh "baking powder"
1 susu teg soda bikarbonat

bahan C

2 biji telur
1 susu teh esen vanila


untuk krim coklat

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 susu makan mentega

cara membuat :

1. panaskan peiuk kukus (then biarkan )
2. masukkn semua bahan A tadi ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati
3. kemudian ayak bahan B, dan masukkan ke dalam bahan A tadi yang telah di kacau sebati
4. masukkkan bahan C dalam bekas adunan, then  kacau sehingga tidak bergentel
5. lapik loyang dengan kertas (letakkan mentega di sekitar loyang) dan masukkan adunan tadi
6. kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana kecil (elak kek pecah)
7. hiaskan dengan krim coklat dan tabur coklat rice..


krim coklat ::

1. masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam paeriuk then kacau hingga sebati (panaskan dengan api yang sederhana)
2. masukkan mentega dan kacau sehingga betul2 sebati.


nie kek yang kami buat ritu,, ~!

baru jek kuarkan dari tempat pengukus~

nie adik kau pnyer keje,::

hasilnyee !..penat lelah kami bertiga,,hahahahaha :-)

taraaaaaaaaa~
[ Read More ]

    SpongeBob
    There was an error in this gadget

    my calendar