# kisah aku, kau, dia & mereka ~

Facebook
RSS

rezki ! rezki !rezki !

ahahaa~~weekend makan besar ?hahahaaaa..tak la besar sangat, ala kadar je. bila mood tengah rajin ada, menjadi laa sesuatu benda tue..hikhikhikk,,memandangkan mood rajin telah wujud, so terhasillah menu untuk makan tengah hari .. hasil berkat usaha penginap 132 dan 139 di blop P4~..wink..winkk :-p

empunya bilik :-p

ala kadar sudah ~~


menu utama 
[ Read More ]

pertama ~~

(^_^) erkk ~~ hari pertama koko? wink..winkk,.macam-macam perasaan keluar,,terutamanya malas..hihihi..sebab nak kena bangun awal, macam nak pagi kelas,,huwaaa~~..Tengok mamber-mamber yang dah habis koko~fuhh ! ! releks diorang weekend macam nie.. jealous you..:-p

first day~
hari nie, aku, Elyse, Zury dan Amir menunaikan tanggungjawab kami (kononya) ekekeke ! ! perghh..pagi-pagi lagi dah pergi Bukit Ekspo..shopping kat situ..(ayat untuk Najla sebab baliau tanya saya shopping kat mana)  muaahahaha

huhh~~dengar taklimat pagi -pagi ? erk ! ! ! serius sangatla boring...adoiii ! !  ! mata semua kuyu jek tadi, macam nak tidur kat situ jekk~hahahaa

tapi, alhamdulillah untuk kumpulan ketiga sebab kami dapat balik awal..tapi kesian dekat kumpulan-kumpulan yang lain kena tunggu sampai habis~~ lalalalalala

we all balik dulu yerp.. :-p
[ Read More ]

rEuniOn~~

assalamualaikum~~

hihihii~~ reunion ? selalukan kita dengar perkataan tue..hurm..lepas habis sekolah mesti ramai member-member sekolah dulu dah bawak haluan masing-masingkan. Ada yang masih tinggal dekat tempat yang sama, dan ada jugak member-member yang dah berhijrah dari tempat kelahiran. Macam tue jugak la aku dan jugak member-member sekolah aku dulu. Sekarang semua dah ada kerjaya masing-masing, ada yang masih di Parit Buntar dan ada jugak yang dah berhijrah atas sebab-sebab tertentu. So, raya aidil fitri tahun ni kami berpakat untuk berkumpul semula setelah lama la jugak tak jumpakan..akhirnya raya kelima tahun nie kami adakan BBQ raya dan dapatla kami bertemu kembali selepas agak lama tidak bersua  muka. Ada diantara member-member ku yang sudah berkahwin dan juga bakal berkahwin~~..huh ! ! aku bila lagii (hahahaa..gatal)



mereka yang hadir~~
erkk ! ! ! 
mereka-mereka  ni la yang tukang membako..hihihihii
setelah lama tidak bersua~~winkk,,winkk..
menu ~~
[ Read More ]

IBU


IBU


Oh ibu
Kaulah nyawaku
Kaulah ratuku
Kaulah hanya satu dalam hidupku
Lautan kesyukuran 
Kupanjatkan
Melahir, membesar,mendidik
Dengan penuh penat lelahmu


Oh ibu
Kau umpama mentari
Yang menyinari hidupku
Walaupun anakmu jauh di perantauan
Bicara bisu 
Menjadi perantaraan


Tik tok tik tok
Hatiku berdetik
Mengenangkamu 
Tanpamu ibu 
Hidupku 
Muram dan sedih 
Kelam dan gelap
Kosong dan terbiar
Ku sayang padamu ibu
Ku cinta padamu ibu
Ku kasih padamu ibu






[ Read More ]

erk ~~

erkk ~ ~ okeh  mood hari nie sangat-sangat 'down'. huhuhu..sebabnya aku kurang sihat, mengalami kebengkakkan gusi..huwaaaa,,sangat sakit okeh~~.huhuhuhuu.. semua benda buat semuanya tak kena..sebabnya dok menanggung kesakitan yang agak sakit la :-( da la nak kunyah makanan pun payah..
uhuhu,,dush ! dush ! dush !..Dugaan untuk minggu niee...harap-harap cepat la ko baik yer cik gusi..serius aku tak tahan bila sakit gusi macam nie,,~~winkk..winkk~~


[ Read More ]

SYABAS ! ! !

erkk,,SYABAS ? SYABAS untuk apa ehh ? hahahaa~~ bangun jek pagi tadi, kawan aku mesej cakap air tak der..huhuhu..terkejut kot dengar sebab tetiber jek air boleh tak der kat kolej..huhuhu...dah la notis pun tak bagi..huwaaaaa..mana ada aku simpan air buat simpanan akan datangg..dalam kepala otak dah ingat, mungkin sehari tak mandi..maklumla air tak der..hikhikhikk..tapi alhamdulillah dapat jugak mandi untuk hari ini..tertiba jek kan, dalam pukul tiga lebih kot lori SYABAS datang,,ahahaa~~semua pakat serbu lori SYABAS termasuk la aku sendiri..hihihihii..akhirnya dapat la jugak air untuk mandi dan buat stok untuk bekalan masa hadapan..hihihii
apa pun terima kasih la kat abang-abang SYABAS sebab anda kami dah ada air untuk mandi, walaupun sikit jadi la daripada tak der..hihihihii :-)

[ Read More ]

BLOG ? ? ?

Uhuhuhuu.. apa tue BLOG ? Hahahah ! ! ! Tetiba pensyarah  suruh buat BLOG..ahaha..padan muka ko ila. Tue la, dulu tak nak belajar, sekarang baru nk tergadah-gadahkan. Hukhukhukk, mana aku tahu pasal blog nie..tapi kalau pasal FACEBOOK ker YAHOO MASSENGER ker , aku tahu la...macam mana la aku nak godek benda alah nie,,haishhh,,susah jugak la BLOG nie, senang lagi FB..hahaha..tak per, ape pun aku akan cuba buat yang terbaik untuk blog nie. Kalau tak cuba mana nak tahu kan..kan..kan.  Hurm, mana la tahukan kot-kot ramai FOLLOWERS lepas nie. (hahahah..berangan jap ! ! !)
ahaha~~ go go chaiyokk,,
[ Read More ]

Cukup Sekadar Di Sini


"Hye wake up!! Wake up!!"

"Ya Allah..I got the nightmare!!"

"Nigtmare apa kebendanya?? Baru pukul 5 my dear. Itulah tidur lagi time petang macam ni."

"What?? Pukul 5??"

"Yup, 5 pm. Cepat bersiap kita pergi jogging kat taman depan."

Keempat-empat sahabat itu jarang beriadah tapi kalau tetiba saja "sampai seru", merekalah orang yang paling rajin. Apapun taman itu memang menjadi pilihan mereka untuk menenangkan fikiran di samping melihat telatah kanak-kanak yang bermain girang, sedikit sebanyak membantu mereka lebih tenang.


"Sal.. Apa yang kau mimpi tadi?" soal Rina sambil mengelap peluh di dahi.

"Kan aku dah cakap nightmare.."

"Taulah nightmare tapi apa dia??" soal Zira Dan Ila serentak.

"Ishh,matikan mood akulah korang ni. Nanti-nanti aku cerita boleh tak??" ujur Sal yang cuba mengelak dari menjawab soalan itu.

"No..No..No.." Rina menggoyangkan jari telunjuknya ke depan wajah Sal.

"Korang ni memang suka mendesaklah."

"Aihh, baru tahu ke?" sengih Ila.

"Habis tu tak reti-reti nak cerita sekarang?"

"Alah,nightmare ni bagi aku je kot. Korang takde kaitanlah."

"Ek eleh, kerek betul minah ni. Nak cerita tak ni?"

"Aku mimpi aku dengan Fikri."

"So???" soal 3 temannya itu.

"Dalam mimpi tu kami tengah berborak tetiba ‘ex-wife’ dia, Intan datang jerit-jerit kat aku. Katanya aku rampas Fikri. Depan bebudak batch kita plak tu. Hishhh, seram tahap gaban."

"Habis tu?"

"Entahlah tapi aku risau kalau ada yang salah faham. Kami sekadar teman tapi mesra(TTM) saja. Korang pun tau kan."

"Ye ke TTM je? Kalau lebih pun takde salahnya. Dia cocok apa untuk kau," tokok Rina.

Pantas tangan Sal mencampak tuala kecil yang di jadikan pengelap peluh ke arah Rina.

"In your dream gurlz.. Aku dah cakap hari tu.We are not destiny together. Kat luar tu ramai yang lebih layak."

"Kau layak tapi kau yang menafikan hak kau!" agak tinggi nada suara Ila.

"Hahahhahahaa…Korang buat aku pecah perut gelaklah. Antara aku dan dia ibarat langit dan bumi." Sal cuba menyembunyi gelodak yang mula muncul dalam diri apabila mendengar kata-kata Ila tadi. Masakan tidak kebelakangan ini dia sendiri dapat merasakan suatu perubahan dalam dirinya apabila bertemu dengan Fikri.


---------------------------




"Zira mana?"

"Amboi..Shidi, kitorang ada ramai kat depan kau tapi Zira juga yang kau cari?? Jom kawan-kawan, kita balik teruslah." usik Sal.

Shidi, student degree di kolej itu namun cepat mesra dengan orang ramai. Kemesraan mereka lebih lagi apabila hubungan Shidi dan Zira terjalin lebih akrab.

"Aku bergurau je. Zira pergi toilet jap. Kau terasa ke Shidi?? Boleh blah kalau nak terasa-terasa. Huahuahua.."

"Walawei, kalau aku terasa dah lama aku blah. Kau tak payah nak cakap." Sengih Shidi.

"So how’s the presentation untuk class Puan Dynas tadi?" sambung Shidi lagi.

"So far so good. Group kitorang yang paling teruk kena attack," cerita Rina.

"Fuh,giler betul. Zira terpaksa bangun banyak kali, lagi pula dia leader group kami. Nasib baik kitorang tak muntah, hampir 45 minit juga kat depan tu. Group lain just 15 to 20 minute je."

"Owh ye?? Kesian korang. Whatever you all nampak cun dengan blazer dan kemeja. Nampak macam businesswoman lak..hehehe.."

"Ooohhhh, baru hari ni kitorang nampak cun?? Nak kena Shidi ni" Ila mmbesarkan mata memandang Shidi.

"Adoi,susahlah korang ni. Puji kena, tak puji kena.."rungut Shidi perlahan.

"Apa kau cakap tu? Aku tak dengarlah," soal Sal.

"No. Nothing..hehhehe."

"Ok gurlz. Jom kita gerak dulu, biar diorang follow dari belakang," kata Sal apabila melihat Zira menuju ke arah mereka.Sal mula melangkah sambil membimbit fail biru sebelum Rina bersuara,

"singgah kat blok C kejap. Nak ambil barang daripada Tira."

"Sal tunggu depan ni pagar ni jelah. Penat nak naik tingkat 3 tu."

Sal duduk di tepi apartmen yang dijadikan hostel mereka. Tiba-tiba matanya tertancap pada jam di tangannya. 5.15 petang. Biasanya kuliah akan tamat pada waktu-waktu begini cuma hari ini mereka habis awal kerana presentation telah selesai. Medula oblongata dirinya tiba-tiba melonjak pantas. Toing..toing..toing..Guest what? Macamana dia boleh lupa si Fikri ada kuliah di studio!! (alahai, kantoi lak aku hafal jadual mamat tue.wakakaka) Didepannya Ila, Zira dan Shidi sedang rancak berborak. Sebaik saja berpaling ke belakang…. Kedebaboooommmmm, urat kepalnya macam nak tercabut time-time tu jugak. Fikri and the geng!!!!

Sal bingkas, "Zira, Ila.. Aku nak balik dulu. Perut ni sakit plak."

"Hai Sal, sakit perut kau ada time-time juga ek. Macam tau-tau je penyebab perut kau sakit ada kat sini..hahhaha.."gelak Ila.

Malas melengahkan masa Sal melangkah untuk balik tapi tiba-tiba dia kembali duduk di tempat asalnya. Shidi memandang kehairanan, "kenapa dengan dia? Tadi nak balik beriya-iya sangat. Ni duduk balik."

"Mengigau kot,"Ila dan Zira gelak. Menambahkan lagi kehairanan Shidi.

Hafiz melambai kepada Rina yang baru selesai berjumpa Tira. Rina memang agak terkenal didalam batch mereka. Mereka gemar mengusik dan mendengar suara manjanya.

‘Ya Allah, ni kalau tunggu sure diorang berborak panjang. Sedangkan dia masih enggan mengadap muka Fikri. Perasaannya masih berkacau-bilau.’ Lantas kaki diatur melangkah laju tanpa sepatah kata.

"Huh, sama-sama degil sama-sama ego.."bisik Ila kepada Rina sambil memandang Fikri yang masih melirik dengan ekor mata derap langkah Sal.

"Zira,kitorang nak balik. Kau nak stay dengan Shidi dulu?"

"Taklah. Aku pun nak balik rest. Lega rasanya dah lepas satu presentation Puan Dynas ni."

"Bye,Shidi." Ketiga-tiga gadis itu mula menapak menuju ke hostel mereka.


--------------------------------


"Macamana, Jai? Berapa carry mark kau?" soal Miza.

"Just dapat markah presentation je. Orang ramai gila kat bilik Encik Hanif tu."

"Kau ni buat muka cekodok basi ni nape?"

"Markah aku rendah daripada Along dengan Lily. Jeles sih.."

"Syukurlah apa yang kau dapat ni. Aku pun tak tau dapat berapa..Dah,aku nak pergi tengok markah aku dulu.Jumpa nanti," sambil tangannya menghulurkan kembali buku catatan Rizal yang juga dikenali sebagai Jai.

"Tak payahlah. Orang sesak gila dowh. Budak-budak degree tengah conquer bilik tu. Aku rasa kejap lagi mesti dia perambat semua yang ada tu suruh balik. Bukan kau tak kenal Encik Hanif tu.Pantang orang kecoh-kecoh kat tempat dia"

Miza duduk kembali di kerusi yang disediakan di depan fakulti itu. Ketika keduanya sedang berbual, kelihatan Fikri muncul bersama Zamri. Kebetulan atau sengaja, Intan berselisih jalan dengan dua jejaka itu. Intan sempat menjeling pada Fikri yang memegang gulungan kad manila berwarna hijau.Rizal dan Miza yang memerhatikan mereka sejak dari awal tergelak besar. Apa-apa sajalah cik Intan oii…hehehhe..

"Jai, kau ada dengar cik adik class kita yang pendiam tue si Sal bergaduh dengan Intan kat café petang semalam?"

"What???!!! Biar betul. Saidatul Farhana??? Bergaduh dengn Intan?? Kat café?? Tak mungkinlah" Jai menggelengkan kepalanya.

"Ada untung kalau aku tipu kau?? Aku dapat duit ke?" tinggi suara Miza apabila Jai berkata begitu.

"Ok..Ok..Aku percaya tapi kenapa mereka bergaduh? Sal tue nak tengking orang pun aku rasa kena tunggu kucing bertanduk dulu. Oh no…don’t tell me because a guyz???"

"I’m not sure. First yang aku dengar Intan blame si Zura pasal salah faham jadual kelas. Tup-tup Intan boleh plak gaduh dengan Syahir yang baru lepas makan dengan Zira, Rina, Ila dan Sal.Ikut kata Syahir dia malas nak layan si Intan tue. Lepas tu Sal tegur baik-baik Intan tu suruh dia diam."

"Then??"

"Intan mana tau makna diam. Sal maybe bengang tambah plak dengan si Zira dah teresak-esak menangis, angin monsoon selatan dia pun masuklah."

"Angin siapa?? Intan?"

"Apa plak Intan..Mestilah Sal. Kau tau dia tengking si Intan tue. Tak pasal-pasal jadi perang mulut kat café pagi tue. Kecoh jugak orang bercakap pasal hal tu semalam."

"Ada adegan tarik rambut tak??"

"Uishh kau ni. Mana ada. Syahir suruh Intan blah dulu bila tengok Sal angin semacam."

"Biar padan muka Intan tu. Asyik fikir dia je bagus. Habis Sal macam mana? Aku tak sempat jumpa dia pun lagi dari semalam."

"Ok je. Tadi aku terserempak dengan dia. Dia on the way ke library. Nak buat assignment Puan Yuni katanya."

"Macam tue aku pergi library jugalah. Aku nak jumpa Ila, nak bincang assignment grouping kitorang."

"Owh, Ila pun ada kat library ke??"

"Habis tadi kau cakap Sal pergi sana. Mestilah budak tue ada sama. Diorangkan memang macam belangkas."

"Aku cakap Sal je. Dia sorang. Aku pun pelik. Bila tanya kenapa sorang,dia senyum je.."

Miza dan Jai kemudian berpandangan tersenyum penuh makna. ‘Ada yang kita terlepas pandang ni.’


--------------------------


"Sal,please???? Fik tak tau nak buat macam mana lagi."ujur Fikri separuh merayu.

"Sal tak boleh masuk campur hal korang tapi sebagai kawan Sal Cuma boleh nasihat. That all!!!"

"Fik dah buntu sekarang."

"Fik..Fik.. Ingat satu je, setiap tindakan yang kita buat akan ada baik dan buruknya.Ingat…ingat dan ingat, jangan pernah sesekali lukakan hati orang lain, apatah lagi mempermainkan perasaan orang walaupun sekejap!!!" tegas Sal bersuara.

"Tapi Fik tak ada niat nak mainkan dia. Fik cuma penuhi kehendak dia. Fik tak sampai hati nak hampakan dia."

"Damnly stupid, Fikri. That was a nonsense excuse. I don’t want to hear that."

Besar mata Fikri mendengar kata-kata yang agak kasar keluar daripada mulut gadis di depannya itu.

"Why you don’t expect I will say that? Come on Fikri. I perempuan, Intan perempuan. I tau apa yang dia rasa. Sal betul-betul kecewa dengan Fik."

"So that why I ask u to help me, solve out this problem.."

"Fik, please stop hurting others. Sesebuah hubungan takkan bermakna kalau sekadar wujud kerana perasaan simpati. I need to go…"


Langkah Sal diiringi deraian air mata yang mengalir keluar dari kolam matanya, terkenang detik awal perkenalan dirinya dan Fikri. Sesungguhnya tidak pernah disangka detik dia bersetuju menerima kehadiran Fikri dalam hidupnya merupakan titik permulaan episod kesedihan di jiwanya. Mungkin itu jua takdir yang tertulis untuk dirinya dari YANG MAHA ESA. Pernah dia terfikir untuk berserah namun dia tidak mahu mengalah semudah itu. Saidatul Farhana,gadis yang tegar dengan pelbagai rintangan. Terlalu banyak episod duka telah dia lalui, dia tak mungkin akan mengalah lagi. Memang air matanya mudah gugur namun hatinya sudah diprogramkan untuk tidak lagi tersungkur dengan percuma hanya kerana cinta..


Gayanya segala assignment yang dirancang untuk dibuat bersama Fikri di library terpaksa dilupakan.Hilang mood untuk meneruskannya lagi. Kaki diatur ke taman di depan kolej. Handphone terus ditutup, tidak mahu diganggu. Hatinya mahu bertenang sendirian.



----------------------------


"Alamak, Reez kat meja belakang tu" Ila separuh berbisik. Reez ataupun nama penuhnya Fareez Bin Hamdan merupakan jejaka idaman Ila. Entah apa yang buat Ila tertarik pada mamat tu pun rakan-rakannya pelik tapi yelah taste orang lain-lain. Memang tak sama. Tatkala Sal dan rakan-rakannya berpaling untuk melihat Reez, hatinya hampir terhenti berdegup. Sal terlupa Reez merupakan seorang daripada geng Fikri. Ya, mata mereka bertentangan.Panahan mata Fikri melekap dalam menatap mata Sal. Mata yang membuatkan ramai gadis-gadis di kolej itu termimpi-mimpi mengharap untuk mendampingi jejaka itu. Sal tidak mahu mengaku kalah kali ini. Dia takkan alihkan matanya daripada Fikri namun apabila Reez yang rancak bercerita menyedari Fikri tidak menumpukan terhadap percakapannya cuba mencari arah pandangan Fikri. Detik itu memaksa Sal melarikan anak matanya daripada Fikri.

Tiba-tiba hatinya saling bertelagah….

‘Ada perkara boleh dirancang namun ada perkara yang hadir tanpa diundang.’

‘Maksud kamu?’

‘Ia kadang-kala hadir hanya sekadar untuk menguji.’

‘Jadi Fikri hanya satu ujian untuk aku?’

‘Terpulang pada diri kamu sendiri untuk menilai. Tepuk hati tanya perasaan.’




--------------------------


"Ehem..amboi ceria nampaknya pagi ni??" tegur Ila.

Sal sekadar tersenyum memandang kawan-kawannya. Dia tahu kawan-kawannya agak pelik melihat perubahannya beberapa hari ini. Sudahlah hari tu sebaik saja dia tiba di rumah, kawan-kawannya terus menyerbu bertanya tentang kehilangannya selama 3 jam. Sekadar menyatakan dia bertemu dan berborak dengan rakan lama, mereka tidak lagi bersoal jawab kecuali Ila. Ila menerima sms daripada Fikri meminta mencari Sal, risau ada perkara buruk terjadi. (Ila memang sering menjadi perantara untuk dia dan Fikri. Nasib baik Ila tak bocor rahsia depan yang lain-lain. Kalau tak lagi panjang soal jawab mereka..hehehe).

Hari ini jadual mereka agak padat sehingga terlewat untuk makan tengah hari. Final presentation, submition assignment dan segalanya agak memenatkan mereka pada hari ini.Sekurang-kurangnya mereka mampu bernafas lega buat seketika sebelum peperiksaan akhir pula menjengah pada minggu depan. Sewaktu sedang menikmati makan tengah hari bersama teman-teman sekelas, masuk SMS daripada Fikri. Mahu bertemu dengannya malam ini.

‘huh, apa lagi kali kali’ dengus hati kecil Sal. Hatinya mula bercampur baur memikirkan pertemuan yang bakal terjadi.

"Sal, aku nak pergi kompleks petang ni. Lepak-lepak kat sana. Lepas tu nak makan kat Kedai Stormay. Lama gila rasanya tak makan nasi goreng ayam kunyit dia. Jomlah…" ajak Zira.

"Siapa lagi ikut???"

"Macam biasalah. Kita-kita je plus Shidi..hehehe.On Shidi treat. Dia baru dapat elaun wataniah semalam."

"Aku tak joinlah. Penatlah. Aku fikir nak rehat je kat hostel. Korang tapaukan untuk aku. Boleh ye Shidi??" Sal membuat lirik mata ala-ala manja ke arah Shidi.

"Dah tak payah nak ngada-ngada. Ikutlah. Takkan kau nak tinggal sorang-sorang kat hostel tu," kata Rina.

"Ala kau ni..bukan aku tak biasa duduk sorang kat hostel. Enjoy yourself ok.."

"Suka hati kau lah…"

‘Selamat…hehehehe..sekurang-kurangnya diorang takde masa aku nak keluar jumpa Fik malam karang.’ Sal tersenyum..

"Kau kenapa?? Senyum sorang-sorang plak."

"Takdela. Aku rasa beruntung ada kawan-kawan macam korang. Nak tinggal aku sorang-sorang pun kecoh macam nak tinggal baby 2 bulan kat rumah."

Rina, Ila dan Zira serentak dan berpandangan dan hati mereka tedetik, ‘should be something in this girl head’.


--------------------


"Thanks coz sudi datang jumpa Fik,"

"Welcome. So what the important thing you want to tell me??"

"Amboi seriusnya. Senyumlah sikit. Masam je muka tu, tak cantikla.." Fikri cuba bergurau pabila melihat Sal agak tegang.

"So baru sekarang tahu saya ni memang jenis muka masam, tak cantik??"

"Sebelum ni awak senyum,mana pernah masam muka tengok saya..hihihhi"

"Fikri!" dia merasakan gurauan Fikri takkan berhenti selagi tak ditegur.

"Betul apa yang saya cakap. Kalau tak macamana saya tak terpikat dengan awak. Mak saya pun suka awak. All my family like you."

"Stop it or I go back rite now! What actually you want from me?"

" Ok..Ok..Sal, be mine?? Will you??"

Sal membeliakkan mata mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Fikri.

"Nampaknya awak nak makan tapak kasut saiz 5 saya ni kot."

"Rileks,I’m just joking."

"Ada benda yang boleh dibawa bergurau, ada benda yang tak."

"Ok, I promise lepas ni tak buat lagi." sambil mengelip-ngelip mata ala-ala manja.

"Since when you dah tak boleh bergurau ni??"

"Its not the time Fikri. I dah cukup penat dengan semua gurauan you."

"Did I’m burden you??"

Sal sekadar termangu diam di kerusi batu itu. Fikri turut duduk disebelahnya menanti jawapan daripada si empunya diri.Angin sejuk menyusur lalu mencengkam hingga ke tulang sumsum. Keduanya masih membatu seribu bahasa.

"Hye, so kenapa Fikri nak jumpa Sal ni?" suara Sal tiba-tiba memecah kesunyian selama 15 minit tadi. Nadanya pun lebih rendah berbanding sebelum ini.

"Sal, Fik dah break dengan Intan semalam."

"What?"

"Yes,kami dah break off. Nothing more between us."

"Banggalah dapat buat macam tu??!! Dapat tunjuk taring kat perempuan.."

"Tak, Sal. Takde sekelumit pun rasa bangga dalam hati ni. Sebaliknya Fik rasa bersalah sangat-sangat bila terlalu mengikut kehendak dia pada awal permulaan hubungan ni."

"So why you do this??"
"I don’t know! Fik buat keputusan setelah memikirkan nasihat Sal hari tu. So this is my decision."

"Tak menyesal break dengan Intan?"

"Nope. Lagipun Fik masih ada Sal. Fik tau Saidatul Farhana always with me, whenever and wherever I need her. Don’t you??"

"Nonsense!" Sal melangkah meninggalkan Fikri termangu sendirian.

‘Hasrat hatinya terpaksa di tangguh lagi.’ Desir hati Fikri.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Seminggu telah berlalu. Sal masih lagi mengambil jalan untuk mengelak daripada bertembung dengan Fikri. Kadang-kadang tengah beratur untuk membeli makanan di café Sal sanggup berpatah balik ke hostel. Lebih rela memilih untuk berlapar(ya, Saidatul Farhana kurang gemar makan meggi sebaliknya peminat nestum yang pekat ~ macam baby makan tu. Yok yo or je kan~) daripada bertentang wajah dengan Fikri. Terasa kekurangan dalam perjalanan hidupnya sekarang ini. Tiada lagi gurauan manja atau jelingan menggoda daripada Fikri. Seorang lelaki yang sebenarnya telah membuatkan hatinya kembali berbunga setelah 6 tahun membeku.Gosh, damn statement for myself.


Nada dering ‘Right Here Waiting’ menandakan ada mesej masuk.


‘Sal, Shidi suruh turun. Katanya ada hal ckit.’


Mesej Zira dibalas.


‘Ap hal lak ni? Tetiba je?’


Mesej di terima.


‘Ntah. Turun jelah. Cpt ckit nti p.guard meronda kena halau lak kang.’


‘ok’


Bersiap sekadar yang patut, Sal bergegas turun. Kepalanya berfikir ligat. Rasanya dia takde minta tolong apa-apa daripada Shidi. Lagipun dah hampir dua minggu dia tak lepak bersama-sama kawan-kawan yang lain. Apa masalahnya ya?? Tiba di café hanya Ila, Rina dan Zira yang ada di situ.


"Hah,mana Shidi?? Tak sempat-sempat tunggu siang esok ke? Aku baru nak relaks kat atas tadi."

"Wah..wah..wah,mak cik kita ni. Dah tak reti bagi salam??" tegur Zira.

"Ops sorry, gang..hehehe..Assalamualaikum…."

"Waalaikumussalam..Duduklah dulu. Shidi kat gerai burger tu jap."

"Kau dah makan?" soal Ila.

"Belum" sengih Sal.

"Pergilah order dulu. Nanti sementara borak dengan Shidi siaplah makanan kau."

Sal menurut kata Ila. Malam ni terasa mahu makan nasi goreng Pattaya extra pedas dengan ayam berempah. Phew~ marvelous..


Baru je duduk selepas order makan tadi tetiba hatinya berdengup kencang. Ermm, ini yang tak best ni. Puncanya ialah………..


" Assalamualaikum" Shidi memberi salam.

Keempat-empat sahabat itu berpaling sambil menjawab salam serentak dengan itu juga kedengaran suara Ila, Rina dan Zira,

"Oh my God!".

Detik itu Sal pula terasa jantungnya tersentap keluar. Sal pantas bingkas dari kerusi, mahu balik ke hostel tapi sepantas kilat juga tangan kanan Fikri mengenggam erat pergelangan tangannya.

‘Damn!’ bentak hati kecil Sal. Matanya memandang tepat ke arah Fikri.

"Permainan apa yang korang nak main ni??!" ujur Sal sambil memandang wajah-wajah temannya di situ.

"Sal, seriously kami tak tahu apa-apa."

"Sal, please. Diorang tak tahu apa-apa. I minta tolong daripada Shidi dan minta dia rahsiakan daripada sesiapapun. Sebab I tau, even if one of your friends tau plan ni, I takkan dapat jumpa you."

"Shidi!!" suara Zira keras.Sakit hati apabila teman lelakinya itu berkomplot dengan Fikri. Bertemu dengan Fikri bermakna temannya itu bakal tidur beralaskan air mata lagi nanti. Dia tak sanggup melihat perkara itu lagi.

"Sorry.." kata Shidi dengan raut wajah yang amat bersalah. Sebenarnya dia hanya tahu hubungan Fikri dengan Sal apabila Fikri datang menemuinya petang tadi. Melihat kesungguhan Fikri buat dia nekad untuk membantu tapi tak sangka pula situasi terlalu tegang apabila Zira benar-benar bengang dengannya saat itu.

"It’s ok. Just leave both of us now?? Korang jangan risau, aku ok. Sekejap lagi aku balik."

"Take care dear…" ketiga-tiga gadis itu berlalu sambil diiringi oleh Shidi.

Sal dan Fikri menyorot langkah mereka sehingga teman-temannya itu hilang daripada pandangan. Genggaman Fikri masih erat. Sedetik hati Sal tercuit, genggaman erat itu begitu menyusup hingga ke kalbu.Seolah-olah ada arus elektrik yang mengalir detik itu.

‘Kenapa harus ada cinta pada kamu..Gosh!! Saidatul Farhana, please wake up. It’s not the little angel dream. Now, please and please face the reality.’ Hatinya berbicara sendirian.

"I’m sorry.." perlahan tangannya dilepaskan. Mata Fikri tidak lepas memandang Sal. Cuba mencari dan merenung anak mata gadis di depannya itu. Sedikit lega apabila gadis itu boleh duduk bertenang bersamanya.

"Awak nak apa??!! Saya penat dengan class, assignment tak campur dengan presentation lagi. Malam ni awak pula."

"Uishh, mak aii..kenapa garang sangat ni? Susah nak senyum bila nampak saya, saya dah jadi alien ke?" usik Fikri.

"Ermm, that mean awak masih tak kenal saya. Memang dari dulu lagi saya macam ni, susah nak senyum. See, what thats mean??"

"Kemana perginya Sal yang saya kenal? Awak dah jauh berbeza sekarang."

"Enough Fikri. Saya taknak dengar awak berucap panjang. Saya penat! Awak tau makna penat tak??"

"Hei, awak fikir awak punya penat je. Saya punya penat awak tak nak ambil tahu!! Class lagi, performance lagi, awak lagi. Otak saya dah tak mampu nak tampung lagi tau tak." Kesabaran seoarang lelaki terasa tercabar dengan sikap perempuan di depannya itu.

" Pernah saya suruh awak fikir pasal saya?? Ada saya cakap suruh awak kejar saya? Takde kan?? So siapa yang cari masalah? Yourself,ok!!" Aiks, makin tinggi pula suara Sal.

"Ya Allah..ok, can we cool down first??" Fikri mula mengendurkan suara apabila perasan yang Sal semakin tidak terkawal. Pelik juga kerana sepanjang mereka kenal belum pernah Sal bersikap sedemikian.

"Apa kata you luahkan apa sebenanrnya kat dalam hati you. Kenapa you marah-marah sampai tak mahu jumpa I lagi."

"You..Intan..selebihnya I sendiri pun tak tahu."suara Sal mula perlahan.

"I?? Kalau pasal Intan, I tak rasa dia akan ganggu you. Kami berpisah cara baik. Dia mungkin nampak macam tu tapi hatinya baik sebenarnya. Don’t worry ok.."

"Saya tak dapat nak bagi komitmen pada awak macam perempuan-perempuan yang hadir dalam hidup awak. It’s too hard to adapt with your lifestyle."

"Itu yang awak risaukan?" lembut Fikri merenung wajah Sal. Fikri tahu bila Sal menggunakan kata nama awak untuk dirinya itu bermakna dia berada di zon bertenang.

Sal mengangguk perlahan. Menahan emosi yang kian bergelodak di hati tika itu. Risau dengan keputusan yang bakal dibuat sebentar lagi.

"Saya perlukan orang yang boleh terima saya dan keluarga saya seadanya. Bukan sekadar melihat saya di kolej ni. My mum love you, my sister love you, all my family love you!"

Saidatul Farhana terus menjadi pendengar kepada Fikri Zulkarnain.

"I love you too.." halus kata-kata itu diungkap hampir di telinga Sal.

Sal bangkit.

"You love me. But you don’t know who I am.." (ecececeh cam lirik lagu jer ni..ahaks~ ok,get serius back~)

"What you mean?"

"Setiap hari, setiap masa saya nampak awak dengan perempuan berbeza. Pelbagai cerita juga saya dengar bertiup kencang tentang awak dengan ntah perempuan-perempuan mana."

"Are you jelous?" senyum Fikri cuba memancing suatu pengakuan daripada Sal.

"Yes I am! I akui you dah berjaya buka pintu hati I untuk melihat kembali keindahan cinta."

"That the one I want to hear, dear." Perghh,meluat bunyi statement mamat ni.

" Wait! I tak habis bercakap lagi. I love your family as mine dan biarlah ia kekal begitu. Biarpun hubungan kita terpaksa berakhir malam ini. Cukup segalanya sekadar di sini"

" I don’t get it.."

"Lepas ni kalau berjumpa muka, bertembung wajah, I harap kita boleh buat sepertimana biasa kita buat depan orang lain selama ni. Don’t sms or call me anymore. Ignore each other like we never know each other. EASY, rite??" sengaja ditekankan perkataan easy supaya Fikri faham.

"Easy you cakap? Hati I? Hati you? Come on Sal,why don’t yo take some time to think about us?"

"Thanks but no thanks, Fikri. Hati I, biar I saja yang cari cara untuk merawatnya.You pula teruskan hidup you macam biasa. Tak luak pun kalau I takde..Assalamualaikum.." sedikit sinis kedengaran suara Sal.Sebenarnya dia sendiri tak sanggup menuturkan kata sebegitu namun dia berharap dengan kata-katannya malam ini buat Fikri putus asa.


------------------


"So how?" soal Ila sebaik melihat Sal masuk ke bilik. Nasi goreng pattaya yang di beli tadi, dibuka disuap ke mulut. Tak ubah seperti robot lagak Sal ketika itu. Zira dan Rina saling berpandangan. Sal mengunyah perlahan-lahan butir-butir nasi yang melalui kerongkongnya tika itu. Terasa seperti mengunyah pasir-pasir pantai detik itu.

‘Jangan mennagis kerana dia..jangan menangis kerna dia..’ berulang-ulang ayat itu di ulang dalam hati kecilnya. ‘Plez, aku tak mahu kalah lagi…’

Kepala diangkat memandang teman-teman yang mula mengelilinginya. Perghh, ni kalah Mesyuarat PBB. Muka sorang-sorang serius + simpatik giler.

"Ok.."

"Kau ok?" soal Ila.

"Aku ok."

"Really?" soal Ila agak curiga.

"Jangan risau, maybe kalau aku nak nangis pun malam ni jer. Takkan banjirlah kolej ni. Ahaks" Sal cuba berlawak kerana tidak mahu teman-temannya susah hati.

Nasi sudah ditolak ke tepi meja study. Ya, malam itu menyaksikan mereka berempat berkongsi kedukaan yang dialami oleh Sal. Entah sampai pukul berapa mereka ‘bermesyuarat berpengerusikan’ Sal. Kepedihan kerana terpaksa menafikan cinta yang wujud di hati nan satu itu…Andai semua ini hanya fatamorgana mungkin segalanya akan lebih indah. Hanya kenangan-kenangan terindah diukir di dalam hidup ini tapi sayang kerana realiti tak semestinya relatif. Seperti kata seorang teman, "Yang betul tak semestinya benar dan yang salah tak semestinya silap." Mungkin ini satu pengalaman yang mengajar mereka satu lagi perjalanan hidup yang harus di tempuh sebagai remaja.


-- TAMAT --

*sumber: penulisan2u
[ Read More ]

    SpongeBob
    There was an error in this gadget

    my calendar