# kisah aku, kau, dia & mereka ~

Facebook
RSS

ketahui najis anda

-
s.i.l.l.y g.u.r.l


KETAHUI NAJIS ANDA..

Entry ttg najis ? haha ~..ttber aku nk post psal bnde niee..huhuhu..
Sbb aku mengalami..najis b’kaler SHREK, ! huhu ~ nak twu sbb ape, aku pom try ler en.google..cuak benaaa…then dpt la info dr sini..


JAWAPANNYE...

NAJIS HIJAU (hijau pucuk pisang pon bleh ni)

makanan atau hasil nyahtinja terlepas ke usus kecil dalam jangka masa yang sangat singkat daripada masa sebenar sebelum ianya sempat bertukar dari hijau ke coklat pertengahan. 
Biasanya berlaku disebabkan oleh cirit-birit,penggunaan ubat sembelit,kesan sampingan daripada ubat,jangkitan kuman di dalam usus,penyakit Crohn,ketidak hadaman,Ulcer pada kolon,penggunanan atibiotik, dan juga kanser.
Pengambilan mnakanan tambahan (supplement),seperti alga,chlorophyl,dan zat besi (selalunya terdapat dalam produk spirulina), juga boleh menyumbang kepada najis hijau.

LAIN2 KATEGORI WARNE

NAJIS NORMAL

(harap-harap najis anda..hehe) bewarna coklat pertengahan dan keluar dari dubur dengan lancar,selesa,dan tanpa perlu terlalu kuat meneran.Najis yang normal diibaratkan seperti ubat gigi dan berukuran lebih kurang 4 hingga 8 inci panjang.Najis tersebut mestilah jatuh mencercah gigi air secara lancar dan perlahan (jika anda membuang air besar di dalam semak kat belakang rumah tidak boleh diambil kira..haha).

NAJIS WARNA PUCAT DAN AGAK KELABU ( MCM NAJIS ANJING..HEHEHEHE)

Ya,percayalah ianya najis manusia dan empunya najis seperti ini bukanlah serigala jadian.Najis yang berwarna kelabu sebenarnya disebabkan oleh kekurangan garam hempedu (bile product).Bahan yang dirembeskan daripada hempedu ini sebenarnya memberi warna kepada najis anda (coklat pertengahan).Selalunya penyakit seperti,pembengkakan pada saluran hempedu,batu dalam pundi atau saluran hempedu,jangkitan parasit (giardia),hepatitis,pembengkakan pada pancreas yang kronik,atau parut pada hati (cirrhosis).

NAJIS KELABU a.k.a GREY  (hihihi)

Najis kelabu ini selalunya kelihatan berminyak,bersinar, terapung macam kapal Titanic di dalam air dan mengeluarkan bau yang busuk.Hal ini disebabkan kerana najis ini mempunyai tahap kandungan lemak tidak hadam yang tinggi (tapi najis ini tidak gemok..gelak la,kelakar ni!!).
Selain berwarna kelabu,najis yang mempunyai kandungan lemak tidak hadam yang tinggi (najis gemok..haha..da la..xlawak pon) mempunyai sifat yang lembut (bukan pondan tau!!) dan berbau busuk.Ianya mudah terapung dan selalunya melekat pada mangkuk tandas dan agak sukar ditanggalkan (sangat degil…si gemok busuk yang lembut dan sangat degil..cara saya mengingat najis jenis ini).Najis ini digelar ’steatorrhea’ oleh golongan-golongan pekerja perubatan.

##tp ntah la, sme der aku lega o sbliknye..huhuhu..mudah2 nothing serius..huhu 

    SpongeBob